Friday, October 15, 2010

~~Mahu cinta selepas nikah~~



SAYA berusia 20-an dan menuntut di sebuah universiti terkemuka tempatan. Saya berasal dari keluarga sederhana dan amat menitik berat soal agama malah belajar dalam jurusan agama.
Saya pelajar bijak dan mempunyai perwatakan menarik. Setiap semester saya memperoleh anugerah dekan dan keputusan yang baik. Disebabkan itu, saya tidak pernah mempunyai teman lelaki selain daripada teman sekelas dan sekuliah.

Sebelum ini, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki, namanya A.

A senior semasa di zaman persekolahan dulu dan seorang alim, mempunyai paras rupa menarik, bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri lelaki soleh.

Hubungan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka merestuinya.

Disebabkan masih muda, saya masih  tidak mempunyai pengalaman bercinta dan  ragu-ragu dengan hubungan ini.

Kami berkenalan selama empat tahun dan A kerap menyuarakan hasrat untuk menjadikan saya isterinya selepas tamat belajar di sebuah universiti di Timur Tengah. Saya hanya mendiamkan diri setiap kali dia bertanyakan persetujuan.

Namun, baru-baru ini khabar angin yang disampaikan seorang teman rapat menyebabkan hubungan kami terputus.

A menjauhkan diri dan memilih menamatkan hubungan tanpa mendengar penjelasan.

Saya terkilan kerana tidak  dapat  menerangkan hal sebenar kerana dia menuntut di luar negara dan saya tidak mahu mengganggunya yang sedang bergelut dengan peperiksaan pada waktu itu. Saya pernah berusaha menghubunginya namun A menukarkan nombor telefon dan e-melnya.

Sebulan kemudiannya, saya dirisik S, senior satu sekolah yang lain dan menerima risikan itu kerana S juga lelaki soleh, namun hubungan kami hanya mampu bertahan tiga bulan kerana S menaruh hati pada teman baik saya. Demi persahabatan, saya minta S memutuskan hubungan kami. Kini, saya merasakan kekosongan selepas ditinggalkan A dan S. Kadang kala saya sedih mengenangkan nasib yang masih tidak bertemu jodoh.
Usikan dan gurauan rakan-rakan mengenai perkahwinan dan jodoh selalunya akan membuatkan saya sedih, sensitif dan memendam perasaan.

Saya cemburu pada rakan-rakan yang bertemu jodoh sedangkan saya masih menyendiri. Saya kerap ditanya rakan-rakan mengenai jodoh dan ciri-ciri bakal suami. Mereka beranggapan saya seorang pemilih dan cerewet dalam soal jodoh.

Hakikatnya, saya tiada teman lelaki dan tidak berminat untuk menjalin hubungan kerana prinsip tidak mahu bercinta sebelum bernikah. Saya  hanya inginkan cinta selepas bernikah.

Saya buntu dan kadang-kadang teramat sedih mengenangkan kesukaran dilalui untuk bertemu jodoh dan kerap bertanyakan diri adakah kerana saya seorang pelajar bijak, ramai lelaki takut untuk mendekati? Atau adakah kerana saya pelajar jurusan agama dan latar belakang keluarga yang menitik beratkan agama menghalang bertemu jodoh? Manakala masyarakat juga mula bercakap. Saya anak kedua daripada empat beradik. Akhir tahun ini adik lelaki ketiga akan bernikah. Saya malu setiap kali bertemu rakan-rakan, masyarakat masing-masing akan kecoh bertanya jodoh saya menyebabkan tertekan.

Setiap kali mereka bertanya, saya memberitahu tunggu hingga tamat pengajian sedangkan hakikatnya tidak mempunyai teman lelaki.

Tinggal setahun lagi saya akan habis belajar dan bimbang akan ditempelak. Saya ingin sebuah cinta yang halal. Saya memerlukan nasihat dan bimbingan dari Dr.
Nur
Petaling Jaya

SEBAGAI insan biasa, memang lumrah berasa dicintai dan mencintai. Manusia mempunyai fitrah untuk memerlukan dan menguasai selain ingin merasa bebas dan seronok.

Keseronokan wujud dalam bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan sebagainya.

Sebagai manusia yang mampu membuat pilihan, segala rasa di atas boleh dijuruskan ke jalan diredai. Cinta pula fitrah yang ada dalam hati setiap manusia. Justeru apabila perasaan cinta tidak dipenuhi, jiwa merasa kosong seperti konflik dialami adik. Konflik bertambah apabila rakan dan masyarakat sekeliling mula sibuk mempersoalkan siapa jodoh adik.

Hakikatnya, adik masih belum ada calon jodoh kerana berpegang kepada prinsip iaitu hanya inginkan sebuah cinta selepas bernikah. Antara keinginan memenuhi permintaan rakan dan masyarakat (mengenai siapa jodoh adik) dengan prinsip diri mengenai cinta (bercinta selepas kahwin), membuntukan pemikiran dan jiwa adik.

Dr amat menghargai prinsip adik mengenai cinta dan sentiasa mendoakan akan menemui cinta diredhai Allah.

Persoalan sama ada lelaki takut untuk mendekati adik kerana bijak dan pelajar jurusan agama serta berlatar belakangkan keluarga kuat agama adalah persoalan yang hanya akan menambahkan kekecewaan dan kesedihan adik mengenai soal jodoh. Ini kerana persoalan di atas tiada jawapannya. Kerap bertanya seolah-olah menghukum diri dan tidak menerima ketentuan hidup. Soal jodoh adalah soal ketentuan llahi dan tiada manusia mengetahui jawapan sebenar. Ia akan hadir pada waktunya waktunya. Dr memahami betapa adik malu dan buntu apabila masyarakat mula bercakap soal jodoh. Lumrahnya apabila keluarga, rakan-rakan dan masyarakat mula menilai dan bertanya mengenai soal perkahwinan, ia akan memberi tekanan.

Rakan dan masyarakat, walaupun ada kalanya bertanya mengenai jodoh hanya sekadar suka-suka, ia boleh melukai hati dan sensitif bagi orang yang ditanya.

Terlalu memikirkan apa yang diperkatakan mengenai soal jodoh akan menambahkan konflik. Adik boleh memujuk hati dengan mengatakan hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Allah saja yang dapat menentukan siapa jodoh adik. Adik juga boleh mengurangkan kerisauan mengenai jodoh dengan mengubah cara berfikir, antaranya tidak perlu berkahwin hanya untuk menutup mulut orang lain, tidak perlu berkahwin dalam usia muda, walaupun lambat adik akan berpuas hati apabila dapat jodoh yang memenuhi ciri lelaki pilihan dan perkahwinan adalah untuk selama-lamanya, justeru tidak perlu tidak perlu tergesa-gesa.

Ubah pemikiran dengan menganggap apabila rakan dan masyarakat bertanya mengenai jodoh, ia dilakukan atas dasar sifat ingin tahu, bukannya membuat penilaian atau memaksa adik mendapat jodoh. Sifat ingin tahu memang sentiasa ada dalam diri manusia. Jawapan yang adik berikan juga membantu adik mengurangkan pertanyaan serupa.

Prinsip adik mengenai cinta memberi kesan. Adik dianggap seorang yang memilih dan cerewet dalam soal jodoh. Seterusnya, sikap adik yang mendiamkan diri setiap kali bekas teman lelaki, A bertanyakan persetujuan, mungkin disalah anggap.

Adik dianggap tidak berminat kepadanya. Walaupun, ada kalanya, kesan prinsip ini membuat adik sedih, secara rasionalnya itulah yang akan berlaku. Untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat memenuhi ciri pilihan bukan mudah. Namun, apabila adik menemui lelaki itu dan seterusnya cinta selepas bernikah, adik diberkati dan dirahmati dengan cinta yang tulus dan suci.

Bersendirian tidak semestinya kesunyian. Tidak mempunyai jodoh tidak perlu membuatkan adik merasa sentiasa sunyi.
Sebagai pelajar bijak dan perwatakan menarik, banyak perkara positif boleh dilakukan. Contohnya, boleh meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi, terbabit dalam aktiviti-aktiviti persatuan di universiti, membabitkan diri dengan badan amal dan sebagainya.

Sentiasa mohon doa agar dipertemukan cinta yang suci dan lelaki beriman. Membabitkan diri dengan perkara positif, mungkin untuk berjumpa lelaki yang mempunyai personaliti diingini lebih tinggi. Semoga adik menemui cinta diredai Allah.

sumber: Harian Metro

~~Pasangan ditahan seludup cicak RM3 juta~~


BUKIT KAYU HITAM: Sepasang suami isteri ditahan selepas menyeludup 57 cicak gecko yang disimpan dalam buluh dianggarkan bernilai RM3 juta dalam sebuah bas ekspres di Kilometer 1.3, Lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Changlun, kelmarin.
Dalam operasi kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan pasangan terbabit berusia 30-an dalam perjalanan pulang dari Hatyai ke Kuala Lumpur.
Difahamkan, cicak gecko dengan berat melebihi 300 gram boleh dijual pada harga antara RM50,000 hingga RM80,000 seekor. Ia dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit Aids.

Komander UPP Kedah, Mohd Jasri Othman berkata, pihaknya membuat pemeriksaan rutin di laluan berkenaan sebelum menahan sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Hatyai ke Kuala Lumpur melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.

“Hasil pemeriksaan menemui 57 cicak gecko diletak dalam buluh di tempat simpanan barang dalam bas berkenaan.

“Pasangan itu mengaku memiliki haiwan berkenaan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur bagi tujuan perubatan,” katanya.

Lima pelajar dimasukkan ke hospital hidu bau bahan kimia




YAN: Lima pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dimasukkan ke Hospital Yan semalam selepas terhidu bau kimia dipercayai berpunca dari sebuah kilang ketika berkumpul di dewan sekolah itu untuk menghadiri taklimat.
Seorang daripada mereka Nurul Izwarina Mohd Khorazi, 15, berkata bahawa pada 9.30 pagi ketika semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan, dia terbau sesuatu seakan-akan bau sejenis cecair membasuh kain.
"Saya mula rasa pening dan sesak nafas. Saya maklumkan kepada kawan tentang itu dan kawan saya juga merasa perkara yang sama.


"Memandangkan saya mempunyai penyakit asma, saya pergi mengambil ubat saya di kelas dan memaklumkan perkara itu kepada cikgu," katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini.

Beliau berkata selepas memaklumkan kepada guru, ramai lagi pelajar mengadu terbau benda yang sama menyebabkan guru mengarahkan semua pelajar sekolah itu berkumpul di padang sekolah dan memakai topeng penutup hidung.

Seramai lapan pelajar perempuan dan seorang lelaki dibawa ke klinik kesihatan tetapi semua diarah untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Lima daripada kami ditahan dan yang lain dibenarkan pulang," kata Nurul Izwarina.

Seorang lagi pelajar, Nor Zahirah Dzahir, 15, berkata dia pernah mengalami situasi yang sama ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak pada 2003.

"Tetapi masa tahun itu (2003) keadaan saya tidak teruk dan tidak ditahan di hospital," katanya.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Kedah ketika dihubungi berkata, semua pelajar yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil.

"Kita akan serahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kilang itu," katanya.-Bernama

Thursday, October 14, 2010

Keyakinan Melalui Minda~~






 
Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain.
Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.
Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa
Didikan terus daripada tuhan.
Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.
Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.
Semasa Kecil
Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak.
Contohnya :~
klik link di bawah

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/957-membina-keyakinan-melalui-minda.html

Pertandingan Futsal 1 belia 1 malaysia di Parlimen Lumut & Beruas Sahaja



Kepada mereka yang tinggal di dalam kawasan Parlimen Lumut dan Beruas

~sape-sape yang berminat anda boleh mengambil borang di Pejabat Belia dan Sukan Manjung di Bangunan       Persekutuan sementara borang masih ada. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Oktober 2010.

Cepat!!!!!

~~Apakah Maksud Kerja Sosial? saya tak pernah tahu dan tak mahu tahu~~~

PENGENALAN

Kerja sosial (social work) ialah suatu profesion perbantuan (helping profession) -- membantu individu, kelompok dan masyarakat dalam kefungsian sosial mereka; bekerja dengan klien melalui intervensi berasaskan/berdasarkan teori-teori, teknik-teknik serta kemahiran yang terus diperkayakan dari semasa ke semasa melalui amalan, pengalaman, kajian, dan sebagainya.
Kerja sosial juga suatu bidang pekerjaan dan amalan (practice) yang cuba mendidik, menggalakkan dan memperkasakan masyarakat (termasuk individu, kelompok) agar terlibat aktif dalam perubahan bagi kesejahteraan bersama.
Kerja sosial dikatakan suatu bidang kerjaya profesional kerana memenuhi kriteria tertentu seperti berikut:
klik link di bawah ~

~~Program untuk Orang Manjung, Perak~~

MAKLUMAN UTK SEMUA!!!! " PROGRAM KESIHATAN/PENURUNAN BERAT BADAN (SEANGKATAN DENGAN PROGRAM REALITI THE BIGGEST LOSER) IAITU "PROJEK CUTE" akan dianjurkan oleh PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG dengan kerjasama PERSATUAN REKREASI DAERAH MANJUNG, dlm tempoh 4 bulan/pd hujung minggu. TERHAD KEPADA 80 ORG SAHAJA....DAPATKAN MAKLUMAT PROGRAM DI PBSD MJG 
(05-6881699/05-6885476 ATAU 0124505568)